Thursday, July 8, 2010

Salmmmzzzz...mmm ari ni Ibu rasa boring sangat. Keje tu ada la tapi ntah...rasa cam malas nak buat. Mungkin sebab letih semlm tak ilang lagi kot. Smlm Ayah bawa kita makan chicken chop kat Air Buah Gelas Besar. Sedap kan...Faris makan banyak gak la. Siap sendawa lagi.

Actually, tak banyak keje yang Ibu boleh buat skang nih. Maklum la, baru masuk keje. Nak memandai2 mmg la tak pandai. Jadinya, Ibu buat je la mana yang patut je. Selebihnya, Ibu layan internet je la. Ibu tak tau kenapa hati Ibu jadi sebu. Kat sini, Ibu betul2 tak de kawan. Dah la teammate sumenye lelaki, nak ajak berborak plak, skemanye diorang ya amat. So Ibu jadi bosan la. Penghijrahan Ibu ke tingkat 55 ni mmg la pengorbanan terbesar pernah Ibu buat. Ibu perlu korbankan kawan2 yang dah sehati sejiwa, Ibu tak leh nak keluar sesuka ati lagi, nak makan pun sorang2. Mmg sebu la. Agaknya, sape la yang leh memahami ati Ibu nih??? Ayah pun tak tau nak buat pe. Mmmmmm.....

Thursday, June 24, 2010

Again, syukur kepada Allah swt sebab memurahkan rezeki Ibu tahun nih. Insyaallah, bermula 1st July 2010, Ibu akan bergelar Executive Petroleum Technology di Petronas Carigali Sdn Bhd. Opah and Atuk pun terkejut bile Ibu maklumkan yang anak diorang ni akan menjadi satu drpd berpuluh ribu kakitangan Petronas di seluruh dunia. Alhamdulillah, usaha Ibu berbaloi. Walaupun berbagai ujian perlu Ibu lalui sebelum melayakkan diri utk menjadi warga kerja Petronas, Ibu anggap ianya sebagai pengajaran berguna yang mematangkan Ibu. Tiada yang lebih bermakna apabila melihat kegembiraan Atuk and Opah. Ayah pun...I love all of you.

Lamanya Ibu tak update blog nih....dah bersawang2 Ibu tgk.

Anyway, Alhamdulillah, 22 Jun yang lepas bertempat di Anjung Merdeka, PWTC, menyaksikan Ibu dianugerahkan degree certificate oleh Tun Jeanne Abdullah. Hari yang Ibu sangat tunggu2. Hari yang buatkan Ibu rasa seribu rasa...terharu. Memang Ibu rasa sangat terharu dan hampir menitiskan air mata gembira apabila berjaya mengharungi pelbagai onak dan duri dalam usaha menggenggam segulung ijazah yang bakal menjadi platform Ibu dalam menggapai impian. Penat lelah Ibu menyiapkan assignment, bersedia utk peperiksaan, melatih minda utk bekerja kuat lebih drpd biasa, bersengkang mata di waktu penghuni lain sedang enak berdengkur adalah antara cabaran yang tak dapat Ibu lupakan. Tak lupa juga pabila Ibu terpaksa menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan Ibu sedang sarat mengandung. 3 jam duduk tanpa bergerak2 dan mengulangkaji dlm keadaan serba tak kena, duduk salah, baring terus terlelap pula..mmg betul2 mencabar Ibu semata2 demi cita2.

Ibu bukanlah bercita2 untuk menjadi tonggak negara tetapi Ibu ingin menjadi model terbaik utk anak Ibu nih. Walaupun Ibu dilahirkan dalam keadaan yang tidak membolehkan Ibu bermewah2 namun Ibu ingin buktikan kepada semua, seandainya ada kemahuan, disitu ada jalan. Pernah satu ketika Ibu hampir berputus asa utk menghabiskan pengajian yang hanya bersisa beberapa semester saja lagi, dek kerana kesibukan dan keletihan yang beraja namun berkat doa opah dan atuk serta kata2 semangat oleh ayah, membakar semangat Ibu utk menyudahkan apa yang Ibu telah mulakan.

So, many thanks to all my immediate family yang tak jemu2 bagi moral support and of course, jasa kalian akan Ibu balas. Insyaallah. Tetapi andai terkurang, hanya Allah sahajalah yang boleh membalasnya.

Wednesday, December 30, 2009

Event ni mmg happening...Alhamdulillah kami berjaya membuatkan this first team building menjadi kenangan terindah sepanjang berada di PCSB. Our venue is at Avillion Admiral Cove, PD. 4 star hotel with a nice sea view. Ada mcm2 aktivity masa kat sini. Antaranya, paintball, wet challenge (main dlm hujan...nasib tak demam), treasure hunt, indoor team building games, lawat Sakinah's boat dan mcm2 lagi la. It's fun tapi letih tahap gaban seyh...well last but not least, ada team performance masa second nite tu...hahahah...so funny. Ibu mmg tak reti nak menari apatah lagi nak menyanyi. Failed...anyway, mmg hepi sgt with my team. Sporting and supportive. Walaupun team Ibu tak menang overall challenge by I'm proud of them.

So let's see the pictures...


Ibu and Aunty Mast


Squirrel and Tree game


Posing at jetty


The Committee


Team work....well done. We win this game.


Tak sabar rasanya nak tunggu besok. Walaupun ikut calender Hijrah, Faris dah pun berumur 2 tahun 21 Zulhijjah aritu, Ibu tetap nak sambut this big day with you. Ibu doakan semoga Faris bertambah sihat, ceria dan gembira selalu. Bagi Ibu, tak de yang lebih menggembirakan selain drpd melihat anak Ibu tersenyum riang.
Selalukan bile waktu petang, on the way balik dr pejabat, Ibu ngan Ayah mesti akan berbincang pasal Faris. Apa yang Faris buat semalamnya, keletah Faris, kenakalan Faris and everything. It makes us laugh....we love u so much.

Alhamdulillah..2 hari lagi kita akan menyambut tahun baru which is tahun 2010. Nak buat azam pe ek tahun nih? Azam tahun lepas alhamdulillah, telah pun tercapai walaupun tak sepenuhnya (azam Ibu nak tamatkan degree by this year) sebab terpaksa menundakan konvokesyen atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Harapnya tahun ni akan memberikan sinar baru bg kita sekeluarga ek...sayang Faris sangat...ayah juga..heheheh

Friday, September 4, 2009

Puasa...

Hari ni hari yang ke 14 umat Islam berpuasa. Tinggal 16 hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa ni, Faris tak banyak uji kesabaran Ibu dan Ayah. Cam tau-tau je kami ni tak nak kurangkan pahala...heheheh...Anyway, Ibu dah siapkan sepasang baju raya biru untuk Faris. Comel sangat. Tak sabar nak tengok Faris pakai raya nanti. Oh ye....nanti kita akan beraya kat kampung Ayah tau. Kat Kelantan. Mmmm...camne la gayanya ek beraya kat negeri orang? Ni first time Ibu rasa beraya kat Kelantan. Nak buat camne.....kene bergilir. Kang Ayah tayang muka seposen lak. Susah Ibu. Mana tau dia mogok lak tak nak bawa Ibu gi Jusco ke...kan ke haruuu....

;;