Thursday, June 24, 2010

Again, syukur kepada Allah swt sebab memurahkan rezeki Ibu tahun nih. Insyaallah, bermula 1st July 2010, Ibu akan bergelar Executive Petroleum Technology di Petronas Carigali Sdn Bhd. Opah and Atuk pun terkejut bile Ibu maklumkan yang anak diorang ni akan menjadi satu drpd berpuluh ribu kakitangan Petronas di seluruh dunia. Alhamdulillah, usaha Ibu berbaloi. Walaupun berbagai ujian perlu Ibu lalui sebelum melayakkan diri utk menjadi warga kerja Petronas, Ibu anggap ianya sebagai pengajaran berguna yang mematangkan Ibu. Tiada yang lebih bermakna apabila melihat kegembiraan Atuk and Opah. Ayah pun...I love all of you.

Lamanya Ibu tak update blog nih....dah bersawang2 Ibu tgk.

Anyway, Alhamdulillah, 22 Jun yang lepas bertempat di Anjung Merdeka, PWTC, menyaksikan Ibu dianugerahkan degree certificate oleh Tun Jeanne Abdullah. Hari yang Ibu sangat tunggu2. Hari yang buatkan Ibu rasa seribu rasa...terharu. Memang Ibu rasa sangat terharu dan hampir menitiskan air mata gembira apabila berjaya mengharungi pelbagai onak dan duri dalam usaha menggenggam segulung ijazah yang bakal menjadi platform Ibu dalam menggapai impian. Penat lelah Ibu menyiapkan assignment, bersedia utk peperiksaan, melatih minda utk bekerja kuat lebih drpd biasa, bersengkang mata di waktu penghuni lain sedang enak berdengkur adalah antara cabaran yang tak dapat Ibu lupakan. Tak lupa juga pabila Ibu terpaksa menjawab soalan peperiksaan dalam keadaan Ibu sedang sarat mengandung. 3 jam duduk tanpa bergerak2 dan mengulangkaji dlm keadaan serba tak kena, duduk salah, baring terus terlelap pula..mmg betul2 mencabar Ibu semata2 demi cita2.

Ibu bukanlah bercita2 untuk menjadi tonggak negara tetapi Ibu ingin menjadi model terbaik utk anak Ibu nih. Walaupun Ibu dilahirkan dalam keadaan yang tidak membolehkan Ibu bermewah2 namun Ibu ingin buktikan kepada semua, seandainya ada kemahuan, disitu ada jalan. Pernah satu ketika Ibu hampir berputus asa utk menghabiskan pengajian yang hanya bersisa beberapa semester saja lagi, dek kerana kesibukan dan keletihan yang beraja namun berkat doa opah dan atuk serta kata2 semangat oleh ayah, membakar semangat Ibu utk menyudahkan apa yang Ibu telah mulakan.

So, many thanks to all my immediate family yang tak jemu2 bagi moral support and of course, jasa kalian akan Ibu balas. Insyaallah. Tetapi andai terkurang, hanya Allah sahajalah yang boleh membalasnya.

;;