Wednesday, December 30, 2009

Event ni mmg happening...Alhamdulillah kami berjaya membuatkan this first team building menjadi kenangan terindah sepanjang berada di PCSB. Our venue is at Avillion Admiral Cove, PD. 4 star hotel with a nice sea view. Ada mcm2 aktivity masa kat sini. Antaranya, paintball, wet challenge (main dlm hujan...nasib tak demam), treasure hunt, indoor team building games, lawat Sakinah's boat dan mcm2 lagi la. It's fun tapi letih tahap gaban seyh...well last but not least, ada team performance masa second nite tu...hahahah...so funny. Ibu mmg tak reti nak menari apatah lagi nak menyanyi. Failed...anyway, mmg hepi sgt with my team. Sporting and supportive. Walaupun team Ibu tak menang overall challenge by I'm proud of them.

So let's see the pictures...


Ibu and Aunty Mast


Squirrel and Tree game


Posing at jetty


The Committee


Team work....well done. We win this game.


Tak sabar rasanya nak tunggu besok. Walaupun ikut calender Hijrah, Faris dah pun berumur 2 tahun 21 Zulhijjah aritu, Ibu tetap nak sambut this big day with you. Ibu doakan semoga Faris bertambah sihat, ceria dan gembira selalu. Bagi Ibu, tak de yang lebih menggembirakan selain drpd melihat anak Ibu tersenyum riang.
Selalukan bile waktu petang, on the way balik dr pejabat, Ibu ngan Ayah mesti akan berbincang pasal Faris. Apa yang Faris buat semalamnya, keletah Faris, kenakalan Faris and everything. It makes us laugh....we love u so much.

Alhamdulillah..2 hari lagi kita akan menyambut tahun baru which is tahun 2010. Nak buat azam pe ek tahun nih? Azam tahun lepas alhamdulillah, telah pun tercapai walaupun tak sepenuhnya (azam Ibu nak tamatkan degree by this year) sebab terpaksa menundakan konvokesyen atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Harapnya tahun ni akan memberikan sinar baru bg kita sekeluarga ek...sayang Faris sangat...ayah juga..heheheh

Friday, September 4, 2009

Puasa...

Hari ni hari yang ke 14 umat Islam berpuasa. Tinggal 16 hari lagi sebelum Ramadhan meninggalkan kita. Alhamdulillah, sepanjang bulan puasa ni, Faris tak banyak uji kesabaran Ibu dan Ayah. Cam tau-tau je kami ni tak nak kurangkan pahala...heheheh...Anyway, Ibu dah siapkan sepasang baju raya biru untuk Faris. Comel sangat. Tak sabar nak tengok Faris pakai raya nanti. Oh ye....nanti kita akan beraya kat kampung Ayah tau. Kat Kelantan. Mmmm...camne la gayanya ek beraya kat negeri orang? Ni first time Ibu rasa beraya kat Kelantan. Nak buat camne.....kene bergilir. Kang Ayah tayang muka seposen lak. Susah Ibu. Mana tau dia mogok lak tak nak bawa Ibu gi Jusco ke...kan ke haruuu....

Saturday, August 22, 2009

Sony Walkman ni hadiah dari Ayah sempena Anniversary Ibu ngan Ayah yang ketiga. Alasan Ayah belikan Ibu walkman sebab Ayah tau yang Ibu sentiasa rasa bosan bile tak tau nak buat apa....hehehehe. Thanks Abang. Ayang appreciate sangat setiap apa yang Abang buat untuk Ayang. Ayang betul-betul tak sangka yang Abang akan hadiahkan Ayang electronic stuff sebab selama ni Abang akan hadiahkan Ayang something yang ladies. But I still appreciate that. Your love is the most meaningful to me. Thanks to Ayah....

Ibu suka sangat buku ni. Best giler...Kelakar pun ada. Tapi next time Ibu nak beli buku lain selain dr citer cinta. Sebab novel cinta selalunya rekaan dan dah tentu bersifat terbaik. Tak baik untuk orang yang sangat menjiwai watak dalam citer tu terutamanya Ibu. Heheheh....

Pertembungan empat mata di antara Aleeya (mak andam 'terjun') dan Zain (pengapit pengantin lelaki) telah mengundang sebuah persahabatan yang unik tetapi kelakar.
Aleeya yang bersifat 'kerek' tetapi jujur dengan kata-katanya telah berjaya mencuit hati Zain. Zain cuba untuk membawa hubungan mereka lebih jauh, namun Aleeya 'blur'. Maka Zain cuba mengikut rentak yang dimainkan oleh Aleeya dengan harapan dapat menjinakkan si pujaan hati.
Tatkala Aleeya mula membuka pintu hatinya untuk menerima Zain, Azizul muncul semula. Hidup Aleeya semakin berserabut apabila Lily, isteri Azizul merayu kepadanya supaya melupakan Azizul, sedangkan Azizul terus-terusan menagih semula cintanya.
Satu insiden yang mencurigakan di antara Aleeya dan Azizul telah menghancurkan kepercayaan Zain terhadap Aleeya. Lalu Zain membawa diri untuk mengubati luka di hati. Dua tahun mereka terputus hubungan, namun masing-masing separuh gila merindui di antara satu sama lain.
Siapakah yang boleh menyambungkan semula hubungan Aleeya dan Zain? Merasakah mak andam menyarungkan baju pengantin ke badannya? Ikutilah rentetan perjalanan kisah cinta Aleeya dan Zain yang penuh dengan dialog 'kerek' dan lucu ini.

Biarlah YM Berbicara adalah novel pertama yang Ibu beli. Ibu beli novel ni 2 bulan yang lepas secara online. Ibu memang minat membaca novel tetapi tak pernah membeli sebab harganya yang agak mahal. So apa kata kita ikuti sinopsisnya sikit...

Abang Kamal... Walaupun segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini. Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati...
Encik Firdaus... Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti kerana cinta memang tidak pernah wujud di hati ini. Dan kalau bukan cinta, kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...
Charming... Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu? Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin mewujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu...
Aku... Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang-siur permainan duniawi ini....

Alhamdulillah...hari ni hari pertama umat Islam berpuasa. Ibu bersyukur sangat sebab Allah masih berikan kita kesempatan untuk menjalani ibadah puasa ini di samping anak Ibu tersayang. Semalam lagi Ibu dah bawa Faris ke masjid untuk menunaikan solat terawikh. Kalau boleh, Ibu nak biasakan Faris dengan aktiviti masjid so nanti dah besar nanti, tak de la Faris rasa kekok nak berdamping dengan alim ulama. Hanya itu je yang Ibu rasa dapat menjamin kehidupan Faris yang pasti sangat mencabar di masa depan.

Saturday, August 15, 2009

Yesterday is my last day at level 13. Start hari Isnin nih, Ibu akan bekerja di level 24. Hummm....hope the migration will give me new perspective of working life....

Tuesday, August 11, 2009

Ahad lepas hari terakhir Ibu sit for my exam. 3 jam untuk paper IS Audit, Security and Control. Lenguh bahu, kaki, tangan dan yang seangkatan dengannya dek khusyuk menjawab soalan yang memang killer tu.
Malam sebelumnya plak, Ibu terpaksa berperang ngan Faris..Ibu bangun je nak study, Faris merengek. Kelam kabut Ibu baring sebelah nak suh Faris tido. Bile Faris dah lena, Ibu sambung balik tapi tak lama. Last-last, Ibu sambung je tido. Tak sanggup nak main cak-cak plak pepagi....
Dah abis study ni rasa cam lege sangat. Sekarang cuma nak concentrate dengan projek paper je lagi. Kalo tak de aral, Ibu akan submit projek tu sebelum raya and Ibu akan Merdeka habis raya nnt.....


Selepas penantian hampir setengah tahun, berjaya juga Mak Uda melanjutkan pelajarannya kat UTHM mengikut jejak langkah Mak Long. Insyaallah selepas 3 tahun, Mak Uda akan menggenggam segulung Ijazah dalam bidang Mekanikal. Ibu, Atuk, Opah, Mak Long, Pak Lang dan Acu sentiasa doakan yang terbaik untuk Mak Uda. Lepas ni bolehlah Mak Uda cari Pak Uda plak.....heheheheh

Ni apa kes nih...demam tak hilang. At last doc suggest, buat full check up. Urine test, x-ray and blood test. Dalam demam-demam pun sempat lagi Faris paksa Ibu round satu floor sebab dah bosan sangat dok kat dalam ward tu. Mula-mula, Ibu cuak juga. Takut Faris ada masalah kesihatan yang serius sebab Faris tak penah demam lama. Paling lama 4 hari masa Faris umur 9 bulan. Itu pun Ibu dah gelabah pasal first time Faris kene demam. Ni dah masuk 8 hari demam asyik berulang. Sian Ibu tengok Faris meraung sampai hilang suara masa nurse tu nak amik darah. Esoknya, doc kata dah boleh discharge cos no infection or virus dalam badan. Just a normal fever. Alhamdulillah......Faris nak tau, Ayah tu risaukan Faris sampai sanggup tidur kat bangku hospital semata-mata nak pastikan Ibu dan Faris ok.

Ayah nampak macam ayah mithali tak...heheheh...masa ni kita pergi vacation ngan kawan-kawan ayah kat Cameron Highlands. Walaupun pada mulanya Ibu tak setuju, tapi Ibu turutkan je mengenangkan anak Ibu ni dah lama tak jalan-jalan cari makan. Strawberry farm ni located depan dengan Hotel Rosapasadena tu....memang cantik kebun tu. Bunga-bunga dia pun tersusun macam menyambut kedatangan kami plak. Nasib baik masa ni Faris tak pandai jalan lagi kalau tak mesti dah tawaf habis.

Oh ya....a few days sebelum datang ke sini, Faris jatuh katil. Entah aksi flip apa yang Faris nak buat sampai tersembam atas lantai, Ibu pun tak tau. Lebam gak la kepala tu. Nasib tak cedera serius. Sempat gak la Ayah bawa Faris gi klinik. Risau takut ada kecederaan dalaman.

Masa ni first time Ibu bawa Faris pergi vacation. Mula-mula risau juga, takut Faris tak biasa dengan suasana baru. Tapi Alhamdulillah..Faris tak banyak kerenah pun. Kalau tak, mau kalut Ibu..

Kenangan kat PD ni rasanya kenangan terakhir kita ngan digital camera Ayah. Tak lama selepas tu, rumah nenek dirompak. Ayah hilang camera tu dengan notebook. Terkilan sangat sebab Ibu tak sempat nak download a few gambar lagi yang Ibu dah tangkap. Nak buat camne kan..redha je la. Moral of the story, trust your guts......

Tembankan Faris masa nih...Faris baru berusia 3 hari. Masa usia Faris menjangkau 5 hari, baru doc detect Faris ada jaundice. Tak teruk tapi kene stay kat ward lagi sehari....masa tu Ibu risau sangat. Tak tau kenapa perasaan sedih tu senang betul bertandang dalam hati Ibu. Mungkin sebab pengalaman pertama kot..Alhamdulillah, esoknya jaundice Faris turun mendadak dan kita pun dibenarkan balik. Ibu dah tak sabar nak tunjukkan anak Ibu ni kat atok dan opah. Opah....we are coming home!


Faris lahir di penutup tahun 2007. Tanggal 31 Disember dengan penuh rasa kesyukuran, Ibu dan Ayah menyambut kedatangan orang baru yang sangat kami nantikan. Faris buat Ibu terpana...alangkah hebatnya ciptaan Tuhan. Ayah terharu kali pertama dapat memegang Faris dengan tangannya. Zuriat yang bakal memeriahkan hari-hari kami....Ibu panjatkan doa semoga Faris menjadi insan yang soleh, taat kepada Ibu dan Ayah dan berbakti kepada agama dan bangsa. Amin...

Mood Biru

Sengaja ibu tukarkan new layout untuk dapatkan fresh mood. Ibu harap Faris pun suka warna biru...

;;